Sunday 22 July 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum...

Ramadhan kembali lagi, harap uolls dapat puasa penuh tahun ni.(kalau tak mampu nak puasa penuh nak buat macam mane...ada sebab daaa...heeee) Bulan ramadhan ni la pahala berlipat ganda jadi jom kita tingkatkan amalan ibadah kita di bulan ramadhan ni...

 
Bila dah bulan puasa mula la pikir macam-macam benda nak makan. Mengidam mengalahkan orang mengandung pulak. Kalau tak mampu nak buat sendiri beli je kat bazar ramadhan... Bila dah ke bazar ramadhan rambang mata la pulak.. asalnye terasa nak makan sejenis lauk je tapi bila dah ke sana macam-macam jenis hidangan dibeli.(ayat dituju untuk diri sendiri..hehe) nafsu la tu.hehehe.

Aku ada cara sendiri nak bersederhana bila belanja di bazar ramadhan..Mula-mula sekali bawak duit jangan la banyak sangat. Beli sejenis hidangan je untuk makanan utama,pencuci mulut dan air. Kalau teringin nak makan macam-macam, esok kan masih ada.Ramadhan ada sebulan beb!!!
Tapi ok jer kalau beli banyak hidangan & sedekahkan pada jiran-jiran.

Hari ni 2ramadhan, terasa sangat nak makan

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nyum-nyum... sedapnya sate...

 
So, selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia & di seluruh dunia. Selamat menjalankan ibadah di bulan Ramadahan. Semoga semua amalan baik kita diberkati Allah SWT...amin. Jom solat terawikh
Terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment

sila komen..
nak komen or nak kutuk pun boleh...
i tak kisah...
sebab uolls mmg best..
tq kawan-kawan